Tempatan

Hina Raja-Raja Melayu Dan Pemimpin Melayu Kerana Vaksin, Individu Dalam Video Tular Sedang Dikesan – Bukit Aman

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PETALING JAYA, 27 Jun 2021 – Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman sedang mengesan seorang lelaki warga tempatan atas kesalahan mengeluarkan kenyataan yang disifatkan sebagai menghasut, berbaur perkauman juga bersifat jelik terhadap institusi diraja dan kerajaan melalui satu video yang tular, dua hari lalu, lapor Sinar Harian.

Video bertajuk ‘Racist In Vaccine Malaysia’ berdurasi selama dua minit 27 saat itu (setelah dipotong dari video asal) tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Video asal berdurasi lapan minit 54 saat itu sebelumnya dimuat naik suspek melalui akaun Facebooknya,GANESPARANnadaraja

Dalam video tersebut, suspek memaki Raja-Raja Melayu dan juga pemimpin Melayu dengan mendakwa bahawa vaksin berkualiti rendah dan tidak berkesan dari China jenama Sinovac diberikan kepada golongan bukan Muslim, manakala Muslim pula diberikan vaksin berkualiti tinggi jenama Pfizer.

Antara kenyataan suspek adalah, “…Malaysia semua anjing tau. Anjing lagi mulia dari kamu semua la. Tau. Dengan satu perkataan agama, you orang pisahkan semua rakyat Malaysia. Sekarang you cakap untuk Muslim, you orang bagi Pfizer-BioNTech, bukan Muslim you bagi China punya Sinovac.”

“Dalam makanan korang cakap kita racist. Muslim, non Muslim. Halal, non halal. Itu kepala bapak kau lah. Kau makan babi ke, korang tak makan babi ke, itu lantak sama kau oranglah. Ini dalam vaksin pun korang nak mainkan racist, kenapa ni? Haram jadah anak babi semua. Raja-Raja Melayu pun, pemimpin-pemimpin yang lain pun tarak telur punya. Semua mau duit, semua mau gila kuasa juga. Babi punya orang.”

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, semakan dengan Jabatan Imigresen (JIM) mendapati suspek kini dipercayai berada di negara Jerman.

Semakan juga mendapati pergerakan keluar terakhir suspek ialah pada 2 November 2017 melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan status pasportnya dibatalkan pada 25 November tahun lalu.

Tambah Datuk Seri Abd Jalil, suspek kini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Berdasarkan rekod, sejak tahun 2018 sehingga kini, sebanyak 18 kertas siasatan telah dibuka terhadap suspek di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 298A, Seksyen 500, Seksyen 504 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.”

“Siasatan turut dijalankan selari dengan peruntukan kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.”

Oleh yang demikian, “Orang ramai diminta beri kerjasama sekiranya mempunyai maklumat mengenai lelaki itu untuk tampil bagi membantu siasatan,” kata beliau mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button