Antarabangsa

Menyebelahi Palestin, Enam Wartawan BBC Kena “Padam”

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 17 Oktober 2023 – BBC yang dibiayai kerajaan Britain telah melancarkan siasatan ke atas enam wartawan dan seorang penyumbang bebas yang bekerja untuk perkhidmatan berkaitan dunia Arab kerana didakwa mempamerkan sikap berat sebelah anti-Israel dan menyokong kumpulan Palestin Hamas.

Siasatan itu berkaitan dengan aktiviti media sosial wartawan, iaitu memberi “like” dan menyiarkan semula kandungan pro-Palestin dan kritikan terhadap Israel.

Siasatan itu dibuat ketika BBC berdepan dengan reaksi tempatan kerana keengganannya untuk memanggil Hamas sebagai kumpulan pengganas. Walaupun BBC berhujah bahawa ia telah berbuat demikian demi mengekalkan kesaksamaan, beberapa saluran media British telah menyerang BBC berhubung pendekatan ini.

Menurut laporan media British, kesemua siaran yang bersifat “menyinggung” telah diturunkan, termasuk perihalan Hamas sebagai “pejuang kebebasan” dan serangan mengejut kumpulan itu ke atas rejim Israel sebagai “morning of hope” untuk Palestin.

Walaupun wartawan yang terlibat belum lagi digantung secara rasmi, perbadanan itu telah pun memutuskan kontrak dengan penyumbang bebas, yang hanya baru bekerja sama dengan outlet itu sejak awal Oktober.

Menurut jurucakap BBC pada Ahad, hal ini masih dalam siasatan dan akan mengambil kira dakwaan pelanggaran garis panduan editorial dan media sosial dengan sangat serius. Tindakan tatatertib hanya akan diambil jika didapati terdapat pelanggaran.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: