Tempatan

Serangan Israel Sofistikated dan Tepat: HAMAS Tuntut UNRWA Mohon Maaf

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

BAITULMAQDIS, 26 Mei 2021 – HAMAS menuntut Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) memohon maaf kepada rakyat Palestin atas kenyataan Pengarah Operasi UNRWA, Matthias Schmale baru-baru ini.

Menganggap dirinya sebagai penganalisis tentera atau jurucakap rasmi tentera Israel, Matthias Schmale telah menjustifikasikan serangan Israel ke atas penduduk Palestin dan rumah-rumah mereka dan menyifatkan serangan Israel sebagai “sofistikated” dan “tepat”.

Oleh itu, HAMAS menuntut UNRWA membuat permohonan maaf secara rasmi kepada rakyat Palestin dan seluruh mangsa serangan Israel atas tindakan provokasi secara langsung terhadap mereka, rumah-rumah dan harta-harta mereka.

“Kami mengingatkan kepada beliau (Matthias Schmale), bahawa beliau adalah Pengarah Operasi UNRWA. Tugas utama beliau adalah memelihara dan menyelamatkan rakyat Palestin, bukannya menjustifikasikan serangan Israel keatas penduduk dengan membunuh kanak-kanak dan rumah-rumah mereka.”

HAMAS juga mahu UNRWA mengambil segala langkah yang diperlukan untuk melaksanakan tindakan undang-undang dan pentadbiran kepada pihak yang melakukan jenayah besar ini.

“Dan semua pegawai UNRWA perlulah mematuhi mandat yang diberikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melaksanakan tugas mereka dalam memberi perlindungan, bantuan dan berkhidmat untuk pihak yang ditimpa musibah, dan mengambil segala langkah yang diperlukan untuk mencegah perkara ini dari berulang,” kata HAMAS dalam kenyataan mereka.

Awal pagi tadi, satu pertempuran telah tercetus di Ras Al-Joura, di Al-Khalil (Hebron) antara tentera rejim Zionis dengan penduduk Palestin di mana tentera rejim melepas gas pemedih mata. Tiada kematian dilaporkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: