Antarabangsa

Menteri Sepanyol Kutuk Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MADRID, 17 Oktober 2023 – Ione Belarra, Menteri Hak Sosial yang yang kini berada dalam pakatan pemerintah, mengecam pembunuhan beramai-ramai rejim Israel di Gaza dan mendesak agar Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu didakwa atas jenayah perang.

Rejim Israel sedang melakukan pembunuhan beramai-ramai yang dirancang di Gaza dan menyebabkan ratusan ribu rakyat Palestin hidup tanpa air, makanan dan elektrik dakwa Belarra, dan ia menyifatkan ini sebagai satu pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.

Dia juga menuduh Israel bersifat terlalu kepura-puraan kerana menggunakan alasan pembunuhan ngeri orang awam oleh Hamas untuk mewajarkan kekejaman mereka sendiri, secara umum dan terhadap Gaza khususnya.

Bercakap bagi pihak partinya, Belarra menuntut pembukaan segera koridor kemanusiaan, agar orang awam boleh meninggalkan Gaza dengan selamat, sementara pasukan bantuan dan penyelamat dibenarkan masuk untuk menangani situasi akibat pengeboman Israel.

Ahli politik Sepanyol itu menggesa EU untuk berhenti mengikuti secara membabi buta AS dan turut menuntut EU mendesak dan menekan Netanyahu dan Israel supaya menghentikan pengeboman Gaza melalui embargo senjata dan sekatan bersasar.

Parti Podemos secara rasmi akan meminta rakan gabungannya untuk membuat petisyen kepada Mahkamah Jenayah Perang untuk menyiasat kedua-dua Hamas dan Netanyahu bagi jenayah perang, tambahnya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: