Antarabangsa

BBC Mengaku Guna Akaun Medsos Palsu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 25 Mei 2023 – Seorang wartawan telah membuat pengakuan bahawa beliau telah menggunakan beberapa akaun palsu Twitter bagi tujuan memerangi “maklumat yang salah”.

Pengakuan tersebut telah dibuat oleh Marianna Spring, seorang wartawan yang berperanan sebagai seorang wartawan “disinformation” di dalam sebuah segmen yang ditayangkan pada Sabtu lalu.

BACA JUGA: Rampasan Jam ‘Pelangi’ Swatch, MUDA Mahu Menteri Perjelas

BACA JUGA: 5 Perkampungan Terdedah Risiko Hakisan Pantai

BACA JUGA: Kalimah Allah: Mustahil Peguam Negara Tarik Balik Rayuan Yang Dibuat Sebelumnya – Mantan Menteri Undang-Undang

Dalam segmen tersebut, Spring telah memberi amaran kepada para penonton bahawa “maklumat yang palsu (mistruth) benar-benar dapat menyebabkan kemudaratan yang serius terhadap masyarakat”.

Beliau kemudiannya mendedahkan bahawa beliau telah membuat beberapa “akaun samaran” di Twitter bagi siaran BBC Americast, di mana setiap daripada akaun tersebut mewakili pandangan politik yang berbeza.

Tindakannya itu bertujuan untuk mendapat hasil “soal siasat” bagi sudut pandang penonton sasaran bagi rangkaian media tersebut. Menurutnya lagi, beliau menggunakan pelbagai karakter palsu daripada beberapa latar belakang yang dibuat-buat.

Twitter dan kebanyakan media sosial yang lain secara jelas tidak membenarkan penggunaan platform tersebut untuk “memperkuatkan serta menyekat maklumat secara artifisial ataupun terlibat dalam perbuatan yang memanipulasi serta menganggu pengalaman orang lain, ataupun pertahanan manipulasi platform”.

Pada awal tahun ini, BBC telah memperolehi dana berjumlah sekitar $24.13 juta daripada kerajaan United Kingdom (UK) khusus bertujuan untuk “memerangi maklumat salah”. Media yang sama turut disifatkan oleh Setiausaha Asing James Cleverly sebagai “penyiar yang paling dipercayai di dunia”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: