Antarabangsa

Makanan Basi Untuk Tahanan Penjara Israel

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 16 September 2022 – Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan (PAC) mendedahkan perbuatan tidak berperikemanusiaan Jabatan Pusat Tahanan Etzion yang menyediakan hidangan makanan yang basi dan luput tempoh untuk tahanan di penjara rejim haram aparteid Israel itu.

Menurut laporan yang dikeluarkan pada Rabu lalu, Jawatankuasa Hal Ehwal Banduan dan Pembebas menjelaskan bahawa ini bukan kali pertama pentadbiran Etzion menyediakan makanan yang sudah rosak kepada tahanan Palestin.

Mereka didakwa sengaja menyasarkan dan menyekat tahanan dengan menafikan hak mereka yang paling asas yang dijamin oleh undang-undang dan adat antarabangsa, di samping tidak mempedulikan tentang isu kesihatan dan keselamatan mereka.

Pada masa yang sama, kebanyakan pemuda yang ditahan di pusat tahanan itu dibelasah dengan hujung senapang, dipukul di bahagian kepala dan badan serta pasukan pendudukan rejim haram aparteid Israel bertindak mengheret tahanan ke tanah dengan sengaja.

Sebelum ini, pada tahun 2018, agensi media Timur Tengah telah melaporkan bahawa pentadbiran Etzion menyediakan bekalan makanan yang telah tamat tempoh kepada tahanan Palestin.

Pada waktu itu, kebanyakan tahanan terpaksa makan sebahagian daripada makanan yang disediakan kerana kelaparan dan kekurangan bekalan makanan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: