Antarabangsa

Puluhan Ribu Berarak Tangisi 6 Warga Palestin Syahid

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PALESTIN, 27 Oktober 2022 – Puluhan ribu rakyat Palestin telah membanjiri jalan-jalan di sekitar bandar Nablus, utara Tebing Barat dalam menyertai perarakan pengebumian enam warga mereka yang syahid. Enam warga yang syahid tersebut telah dibunuh pada Selasa lalu oleh tentera Israel dalam satu kejadian serangan ketenteraan.

Orang ramai yang menyertai perarakan pengebumian itu mengutuk pembunuhan serta keganasan yang dilakukan oleh tentera Israel, sambil membawa bendera Palestin dan bendera-bendera hitam sewaktu perarakan tersebut.

Mereka yang terbunuh dalam serangan tersebut adalah Wadi al-Houh, 31, Hamdi Sharaf, 35, Hamdi Qayyim, 30, Ali Antar, 26 serta Mishaal Zahi Baghdadi, 27. Manakala 20 orang lagi telah mengalami kecederaan dalam kejadian yang sama.

Manakala seorang lagi, Qusai Tamimi, 19 juga turut dibunuh oleh tentera di perkampungan Nabi Saleh di utara Ramallah sewaktu pertempuran yang tercetus ketika berlakunya protes terhadap serangan tentera di Nablus.

Menurut sumber tempatan, pendudukan tentera Israel di Nablus telah membawa kepada penguatkuasaan tentera yang berat dan mereka sewenang-wenangnya menembak orang awam di sekitar bandar tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: