Bantah Kerajaan Baru Rejim Haram, Duta Israel-Perancis Letak Jawatan
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PARIS, 01 Januari 2023 – Duta rejim haram Israel di Perancis meletakkan jawatannya sebagai bantahan terhadap kerajaan baru Israel pimpinan Benjamin Netanyahu, lapor portal antarabangsa.
Menerusi sebuah surat kepada Perdana Menteri itu, Yael German mengumumkan perletakan jawatannya sekali gus mengatakan bahawa Netanyahu dan kerajaannya melanggar prinsip Deklarasi Kemerdekaan Israel dan wawasan negara Yahudi.
“Malangnya, kerajaan yang anda tubuh dan pimpin termasuk wakil-wakil parti yang kedudukan melampaunya dinyatakan dalam panduan, dalam dasar-dasarnya, dan dalam kenyataan mengenai perundangan adalah tidak sah pada pandangan saya,” tegas Yael kepada Benjamin Netanyahu.
Yael turut menambah bahawa dia tidak dapat berbohong kepada dirinya sendiri dan terus mewakili dasar yang sangat berbeza daripada kepercayaannya.
Pada 29 Disember lalu, ahli politik Israel Benjamin Netanyahu telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri bagi rejim haram aparteid Israel, menandakan penggal keenam beliau menjawat jawatan tersebut.