Rejim Zionis Serang Kem Pelarian Jenin, 4 Maut & Puluhan Cedera
PALESTIN, 19 Jun 2023 – Pihak tentera rejim haram aparteid Israel sekali lagi telah melakukan kekejaman dengan menyerang kem pelarian Jenin yang terletak di kawasan Tebing Barat yang telah diceroboh rejim zalim tersebut.
Serangan kejam tersebut telah menyebabkan empat nyawa warga Palestin telah terkorban dan turut menyebabkan sekurang-kurangnya 45 lagi cedera.
BACA JUGA: JKN Siasat Kes Kencing Tikus Di Taman Eko Rimba Bukit Wang
BACA JUGA: SUHAKAM Perlu Ikut Perlembagaan Dan Tidak Terima Dana Asing – NGO Islam
BACA JUGA: Selepas Batal Lesen Judi, MB Perlis Janji Hapuskan Judi Haram
Pihak Kementerian Kesihatan Palestin telah mengenalpasti empat mangsa yang terkorban iaitu Khaled Darwish yang berusia 21 tahun, Qassam Sariya, 19 tahun, Ahmed Saqr, 15 tahun serta Qassam Faisal Abu Sariya yang berusia 29 tahun.
Pihak rejim haram aparteid Israel telah menggunakan alasan bahawa serangan tersebut adalah bertujuan untuk menangkap dua orang yang dianggap sebagai suspek.
Dengan alasan yang sama, pihak tentera rejim haram tersebut telah mendakwa bahawa mereka telah diserang dengan tembakan dan terpaksa membalas serangan tersebut.
Pada kenyataan yang sama, pihak tentera rejim Zionis juga menyatakan bahawa pihak mereka telah menggunakan beberapa buah helikopter untuk menembak beberapa orang yang mereka sifatkan sebagai “penyerang” di Jenin.