Antarabangsa

Warga Asing Wajib Isytihar Jika Jatuh Cinta Dengan Rakyat Palestin

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 05 September 2022 – Warga asing dikehendaki memaklumkan kepada Kementerian Pertahanan rejim haram aparteid Israel sekiranya mereka jatuh cinta dengan rakyat Palestin.

Lapor media, peraturan yang dibentangkan dalam dokumen yang panjang itu, termasuklah tuntutan agar warga asing memaklumkan perkara tersebut dalam masa 30 hari selepas menjalinkan hubungan dengan pemegang kad pengenalan Palestin.

Peraturan baharu itu akan mula berkuatkuasa mulai Isnin dan dikenakan terhadap warga asing yang tinggal atau ingin melakukan lawatan ke Tebing Barat. Sekiranya mereka berkahwin, mereka dikehendaki meninggalkan kawasan tersebut selepas 27 bulan atau sekurang-kurangnya setengah tahun.

Selain itu, sekatan baharu turut dikenakan terhadap pelajar universiti di Palestin termasuk kuota 150 visa pelajar dan 100 pensyarah asing, sedangkan dalam masa sama tiada had sedemikian dalam visa rejim haram aparteid Israel.

Peraturan baharu yang ditetapkan itu bukan sahaja menjejaskan pihak terbabit, malah ahli perniagaan dan organisasi bantuan akan turut terjejas teruk. Ini kerana, peraturan menetapkan had yang ketat dalam tempoh visa dan lanjutan visa akan menghalang individu daripada bekerja atau menjadi sukarelawan di Tebing Barat dalam tempoh lebih lama.

Jessica Montell, Pengarah Eksekutif Pertubuhan Bukan Kerajaan Israel, HaMoked berkata bahawa dia telah membuat petisyen kepada Mahkamah Tinggi Israel berkenaan peraturan itu.

Ujarnya, “Ini adalah tindakan mengatur demografi masyarakat Palestin dan mengasingkan mereka dari dunia luar. Situasi ini menjadikan lebih sukar kepada orang ramai yang hendak datang dan bekerja di institusi Palestin, menjadi sukarelawan, melabur, mengajar dan belajar.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: