Tempatan

Pendatang Haram Diangkat Ketuai Askar Penjajah IDF

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

TEBING BARAT, 27 Oktober 2022 – Kerajaan haram Israel bersepakat melantik pendatang haram, Herzi Halevi sebagai Ketua Turus Tentera Pendudukan Israel seterusnya baru-baru ini.

Lapor berita Timur Tengah, Herzi, 54 tahun, merupakan bekas Ketua Perisikan Tentera dan bakal menjadi Komander Tentera Pendudukan Ke-23 mulai awal tahun hadapan.

Susulan pencalonannya itu, Diana Buttu, seorang peguam Palestin meluahkan kebimbangan beliau kerana pelantikan peneroka sebagai Ketua Turus akan memburukkan lagi keadaan dan penindasan terhadap rakyat Palestin.

Tambah beliau, pelantikan itu juga akan mengukuhkan lagi kedudukan rejim haram Israel di Palestin sekali gus menjadikan pengisytiharan negara Islam itu lebih mustahil.

Mengulas lanjut, dalam ucapan pembukaan mesyuarat kerajaan haram, Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz memuji Herzi sebagai pegawai yang beretika.

“Saya tidak ragu-ragu bahawa dia adalah orang yang tepat untuk mengetuai tentera.”

Malah Perdana Menteri Yair Lapid juga berkata, “Komponen penting dalam kekuatan Israel ialah kualiti tentera dan komander pasukan pendudukan. Mejar Jeneral Halevi hari ini menyertai barisan komander yang panjang dan terpilih di kalangan yang bijak dan berani serta tahu bagaimana untuk memimpin tentera pendudukan ke hadapan.”

Presiden rejim haram, Isaac Hervog turut mendoakan kejayaan Herzi dan mengatakan, “Ketua Staf akan datang adalah pegawai dan komander cemerlang

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: