Tempatan

Tanpa LCS Misi Pertahanan Perairan Negara Sukar – Pegawai TLDM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SABAH, 02 September 2022 – “Tanpa aset tempur ini, kita tak mampu buat apa-apa kalau ada konflik atau pertempuran maritim.”

“Saya berterus-terang tentang hal ini; tiada apa nak disorokkan. Seluruh dunia tahu keupayaan kita, jadi kita mengaku sahaja,” berikut merupakan petikan ucapan oleh Laksamana Madya Datuk Sabri bin Zali, Panglima Armada Timur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari sebuah laporan tempatan.

Jelas beliau, pembikinan Littoral Combat Ship (LCS) perlu diteruskan bagi memastikan operasi memelihara keselamatan negara dapat dijamin.

Tambah beliau lagi, banyak aset TLDM yang sudah terlalu usang untuk berfungsi, dan Malaysia ‘ketinggalan’ berbanding negara jiran, Indonesia.

“TLDM sedang ‘berlumba’ dengan keusangan. Ia tidak lama sebelum kita akan ketinggalan di belakang Filipina dan Brunei,” jelas beliau lanjut.

“Aset yang kita beli bukan lampin yang boleh pakai dan buang. Aset-aset ini perlu diganti, ditambah baik,” tambah beliau lagi.

Tegas beliau, sekiranya tiada penambahbaikan dilakukan, aset TLDM mungkin akan ‘lapuk’ hanya dalam tempoh 10 tahun akan datang, dan persediaan TLDM untuk menghadapi sebarang pertempuran maritim akan terjejas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: