Antarabangsa

1,200 Tahanan Palestin Mula Mogok Lapar Besar-Besaran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RAMALLAH, 02 September 2022 – Seramai 1,200 tahanan Palestin melancarkan mogok lapar besar-besaran bermula kelmarin sebagai bantahan terhadap tindakan Perkhidmatan Penjara rejim haram aparteid Israel (IPS) ke atas tahanan Palestin.

Lapor Persatuan Sokongan Tahanan dan Hak Asasi Manusia Addameer, mogok tersebut merupakan siri langkah peningkatan bantahan yang dibuat para tahanan di seluruh penjara rejim tersebut sejak dua minggu lalu.

Langkah yang telah dibuat termasuk pemulangan makanan beramai-ramai dan keengganan untuk mematuhi kiraan harian serta pemeriksaan keselamatan. Penolakan tersebut menyebabkan IPS mengheret dan menggari setiap tahanan dari sel mereka secara paksa.

Antara hukuman IPS yang menyasarkan tahanan Palestin, terutamanya tahanan yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup adalah pemindahan besar-besaran tahanan di antara penjara rejim.

Walaupun sebelum ini hukuman tersebut dihentikan selepas rundingan dengan Pergerakan Tahanan Palestin pada Mac 2022, IPS memulakan semula hukuman berkenaan di samping meningkatkan lagi sekatan dan perbuatan kesat terhadap tahanan Palestin.

Disebabkan itu, kepimpinan tahanan turut mengumumkan mogok bermula September sekali gus meneruskan bantahan.

“Tuntutan utama adalah untuk menamatkan pemindahan berterusan tahanan di antara penjara, yang menghilangkan kemampuan tahanan menjalani kehidupan berkumpulan dan meningkatkan penderitaan psikologi,” ujar jurucakap Persatuan Tahanan Palestin, Amani Sarahneh.

Tambahnya, “Mereka menuntut rejim Israel menghentikan layanan merbahaya terhadap tahanan Palestin seperti menggari tangan dan kaki berterusan dan pengasingan kekal.”

Kelmarin, samudera.my melaporkan tahanan Palestin Khalil Awawdeh menangguhkan mogok laparnya selepas 172 hari dan bakal dibebaskan pada 2 Oktober ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: