127 Maut, Penonton Bola Sepak Indonesia ‘Naik Minyak’
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
INDONESIA, 02 Oktober 2022 – Susulan kekalahan pasukan Arema yang tewas 3-2 dalam perlawanan di Malang, Jawa Timur membuatkan penyokong kelab tersebut ‘naik minyak’ dan mencetuskan satu rusuhan antara penyokong sehingga mengorbankan nyawa kira-kira 127 orang yang dua daripadanya adalah pihak polis ketika perlawanan Liga 1 Indonesia antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, Malang.
“Telah meninggal 127 orang, dua di antaranya anggota polis Indonesia,” kata Ketua Polis Daerah Malang, Nico Afinta kepada media seperti yang dilaporkan sebuah portal tempatan Indonesia hari ini.
Tambahnya lagi, seramai 34 orang meninggal di stadium manakala selebihnya di hospital ketika sedang mendapatkan rawatan.
Dalam pada itu, seramai 180 orang mangsa lain yang terkesan akibat insiden tersebut turut dikejarkan ke hospital akibat kecederaan yang dihadapi.
Berdasarkan sebuah video yang dimuat naik di TikTok, selepas berlakunya insiden terburuk dalam sejarah bola sepak yang meragut ratusan nyawa itu, Indonesia berkemungkinan akan diharamkan pihak FIFA, badan penyelia bola sepak dunia, selepas ini.
“Menurut laporan, kematian turut berpunca daripada tindakan pihak polis melepaskan gas pemedih mata sehingga menyebabkan situasi menjadi kelam-kabut. Liga Indonesia digantung selama seminggu susulan insiden berkenaan,” lapor media tempatan.