Tempatan

Isu Anak Mualaf: Arun Dorasamy Disiasat Polis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SABTU, 19 Mac 2022 – Baru-baru ini Pengerusi Pasukan Bertindak Indira Gandhi (INGAT), Arun Dorasamy telah disiasat oleh pihak polis berhubung dengan video yang dimuat naik di media sosial Facebook milik beliau beberapa hari lalu.

Beliau yang memuat naik video tersebut dengan isi kandungan mengulas mengenai status agama anak-anak Loh Siew Hong berkata, anak-anak Loh adalah sah beragama Hindu dan bukannya Islam.

Arun Dorasamy yang sempat menjelaskan mengenai hal ini dengan lebih lanjut dalam satu kenyataan berkata,

“Saya dituduh menghasut dan menyebarkan berita palsu dengan tujuan menimbulkan kemarahan orang ramai dan mengganggu ketenteraman awam.”

“Ini jelas melanggar keadilan semula jadi dan hak saya di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan kebebasan bersuara.”

“Memang menyedihkan dan keterlaluan hak saya untuk kebebasan bersuara dihadkan walaupun saya memetik undang-undang dan kedudukannya seperti yang ditafsirkan oleh mahkamah.”

“Tak masuk akal saya disiasat kerana mengganggu ketenteraman apabila saya telah menyatakan secara khusus dalam video saya bahawa perkara ini harus diserahkan kepada mahkamah dan tidak dipolitikkan atau dikaitkan dengan kaum. Kebebasan berperlembagaan mesti diutamakan,” ujar beliau.

Beliau yang hadir bersama peguamnya, Siti Kasim turut memaklumkan bahawa beliau telah disoal siasat sebanyak 27 soalan.

Tambah aktivis itu, semua kenyataan yang beliau keluarkan adalah benar, tepat dari sudut fakta dan ia diperoleh daripada maklumat sedia ada.

“Saya hanya menyatakan undang-undang dan kedudukan semasanya serta menggesa supaya tiada ulasan atau percubaan dibuat untuk mempolitikkan atau memfitnah keadaan yang dihadapi oleh Loh,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: