Tempatan

KKM Tutup Restoran Makanan Segera Kota Kemuning

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA KEMUNING, 09 Februari 2023 – “Rare mat. McD Kota Kemuning diarah tutup oleh KKM. First time dalam hidup tengok restoran fast food diarah tutup macam ni,” kata seorang pengguna media sosial, @AfiqShari.

Dalam Twitternya, Afiq turut mengongsikan gambar Notis Perintah Tutup dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke atas sebuah restoran makanan segera di Kota Kemuning sehingga 21 Februari ini.

Menurutnya, sebab arahan penutupan itu adalah susulan dari rakaman tular dari orang awam akan kewujudan tikus di kaunter pandu lalu di cawangan tersebut.

BACA JUGA: Bajet 2023: Galen Centre Cadang Mansuh Caj Hospital Kerajaan

BACA JUGA: 150 Ribu Biji Telur Setiap Minggu Disediakan Untuk Ramadan

BACA JUGA: Kg Lembah Permai Kundasang Disahkan Kawasan Potensi Bencana Tanah Runtuh

“Kepada yang tanya sebab apa ditutup, ini jawapannya. Ada orang record ada tikus kat kaunter dia.”

Katanya lagi, “menurut orang kawasan ni, memang McD ni banyak sangat isu kebersihan sebelum ni.”

Perkara ini turut dipersetujui oleh pengguna-pengguna media sosial yang lain di bahagian komen.

Finally,” kata @nasihahanuar.

@ChapalPuteh, seorang lagi pengguna media sosial pula berkata, “One of the franchise that never follow the Clealiness & Safety rules .. not all McD like this ..”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: