Tempatan

KKM Pertimbang Semula Caj RM1 Di Klinik Kerajaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 Jun 2023 – Kementerian Kesihatan meneliti semula caj kesihatan RM1 yang dikenakan klinik kerajaan, dan akan membentangkan isu tersebut dalam Kertas Putih Kesihatan di Parlimen pada 13 Jun ini.

Menterinya Dr. Zaliha Mustafa berkata, setakat ini caj berkenaan masih dikekalkan, bagaimanapun pihaknya akan melihat secara pragmatik selepas Kertas Putih Kesihatan berkenaan dibentang di Parlimen sebelum membuat sebarang perubahan kos pembiayaan.

“Kami akan bentangkan nanti dalam Kertas Putih Kesihatan. Semua skim pembayaran kesihatan akan dilihat satu persatu,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kajian Global Adult Tobacco Survey (GATS) 2023 pada Ahad.

BACA JUGA : Orang Awam Dijemput Beri Pandangan Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Negara

BACA JUGA : Dakwaan Tinggalkan Perjuangan Islam Tidak Berasas, PM Mengaku Memperkasakan JAKIM

BACA JUGA : Masjid Pertama Anti-Gempa Dijangka Siap Ogos Ini

Terdahulu, samudera.my melaporkan beberapa pakar kesihatan berpandangan caj rawatan RM1 bagi perkhidmatan kesihatan di premis kesihatan kerajaan dilihat sudah tidak lagi mampu menanggung kos sistem kesihatan negara.

Justeru, kerajaan digesa menaikkan cas kesihatan kepada RM5 hingga RM20 bagi menambah bajet kesihatan untuk digunakan dalam penambahbaikan fasiliti serta kemudahan dan kempen kesedaran.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: