Tempatan

Mi Segera ‘Beracun’ Tidak Dijual Di Malaysia – KKM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 Oktober 2022 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan bahawa tiada kemasukan produk Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Instant Noodles dan Mi Sedaap Korean Spicy Soup Instant Noodles yang mengandungi residu ethylene oxide, masuk ke negara ini.

“Melalui semakan KKM ke atas data Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) mengesahkan Mi Sedaap Korean Spicy Soup Instant Noodles ada diimport ke negara ini. Walau bagaimanapun, tiada kemasukan produk terlibat dengan dengan tarikh luput seperti di atas direkodkan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan media di laman Twitter rasmi KKM.

Tegas beliau lagi, Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Instant Noodles dengan tarikh luput 21 Mei 2023; dan Mi Sedaap Korean Spicy Soup Instant Noodles dengan tarikh luput 17 Mac 2023 itu tidak masuk ke negara ini.

Semalam, Singapura menarik balik dua produk Mie Sedaap jenama Indonesia susulan terkandung etilena oksida, sejenis racun perosak dalam produk tersebut.

Produk Mi Ayam Pedas Korea yang terjejas itu mempunyai tarikh luput pada 21 Mei 2023 manakala produk Mi Sup Pedas Korea mempunyai tarikh luput pada 17 Mac tahun depan.

“KKM akan terus menjalankan pemantauan di pasaran dan mengenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas (TUL) di semua pintu masuk negara,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: