Tempatan

Masalah Kesihatan Mental Meningkat 3 Kali Ganda – Menteri KKM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Jun 2023 – Masalah kesihatan mental dalam kalangan penduduk berusia 16 tahun ke atas meningkat hampir tiga kali ganda, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Dalam pembentangan Kertas Putih Kesihatan pada Khamis lalu, Dr Zaliha memaklumkan peningkatan berlaku daripada 11 peratus pada 1996 kepada 29 peratus pada 2015.

BACA JUGA: Suspek Perlombongan Haram Mati Dalam Tahanan SPRM

BACA JUGA: Pantai Morib Ditutup Sehingga 2 Julai

BACA JUGA: Cas RM1 Klinik Kerajaan Dikekalkan

Katanya, data turut merekodkan 12 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 15 tahun mengalami masalah kesihatan mental pada 2015.

“Tahap kesihatan rakyat Malaysia semakin menurun sejak 20 tahun lalu,” ujarnya.

Menurut Dr Zaliha, negara juga sedang mengalami peningkatan berjangkit seperti tuberkulosis, HIV AIDS serta kemunculan semula penyakit-penyakit pencegahan vaksin seperti polio dan demam campak.

“Begitu juga dengan insiden kanser dalam negara yang menurut Registri Kanser Kebangsaan, sebanyak 115,000 kes kanser baharu dilaporkan dari tahun 2012 hingga 2016,” katanya

Beban penyakit kronik juga dilihat semakin meningkat.

Katanya, menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) dari tahun 2011 hingga 2019, terdapat peningkatan penyebaran penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi dan kolestrol yang tinggi yang turut menjadi penyumbang utama kepada beban kesihatan dalam negara.

“Sistem kesihatan negara turut berhadapan dengan peningkatan kadar penuaan populasi yang mana unjuran populasi oleh Jabatan Perangkaan menjangka pada 2030 nanti, Malaysia akan menjadi negara tua.”

“Prevalen penyakit tidak berjangkit lebih tinggi dalam kalangan warga emas dan secara langsung permintaan penjagaan kesihatan juga meningkat,” jelasnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: