Tular Tikus Jilat Ayam Goreng Di Restoran, KKM Minta Maklumat Lanjut
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PUTRAJAYA, 23 Disember 2022 – “Mohon bantu kami berikan maklumat. Kami akan ambil tindakan selanjutnya dengan kadar SEGERA.”
Ini kenyataan tegas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Twitter selepas tular video menunjukkan seekor tikus dalam bekas ayam goreng di sebuah restoran yang tidak diketahui nama dan lokasinya.
Video tikus menjilat ayam goreng itu dimuat naik oleh @zoeyhanafiah dalam media sosialnya.
🤮 Mohon bantu kami berikan maklumat. Kami akan ambil tindakan selanjutnya dengan kadar SEGERA. https://t.co/nBfFevouk8
— KKMalaysia🇲🇾😷 (@KKMPutrajaya) December 23, 2022
Berikutan itu, rata-rata warga maya menggesa pemilik akaun untuk mendedahkan nama dan lokasi kejadian tersebut.
Selain itu, terdapat juga pengguna media sosial yang memohon agar pihak KKM membuat pemantauan di semua kedai mamak yang ada.
“Bila terjadi macam ni, mohon pihak @KKMPutrajaya pantau semua kedai Mamak. Sy pun makan kedai mamak. Memang sedap makan kedai mamak. Tapi harap pihak KKM pantau selalu jangan tunggu aduan atau benda² viral.”
Setakat ini, masih tiada sebarang maklumat lanjut mengenai kes ini.