Tempatan

KKM Sediakan Perkhidmatan Ujian Saringan Kesihatan Percuma Untuk Lembah Klang

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 September 2022 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengadakan perkhidmatan ujian saringan kesihatan kebangsaan secara percuma kepada penduduk sekitar Lembah Klang bermula 5 September 2022 ini.

Ujian saringan ini disediakan khas untuk individu yang berumur 40 tahun ke atas, kata KKM dalam Facebook rasmi mereka.

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah khidmat pengukuran tekanan darah, pengukuran tahap gula, pengukuran tahap kolestrol dan BMI.

Berikut merupakan kawasan, masa, tarikh dan tempat untuk ujian saringan kesihatan kebangsaan KKM melalui Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKLP):

WhatsApp-Image-2022-09-03-at-14.31.06-1.jpeg?resize=780%2C551&is-pending-load=1#038;ssl=1

Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan dilaksanakan bermula Julai hingga Disember ini.

Objektif inisiatif ini adalah bagi membentuk rakyat yang lebih sedar, peka dan tahu tentang penjagaan kesihatan secara seluruhnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: