Tempatan

KKM Sedia Tanggung Akibat 300 Ribu Pelajar Sekolah Terjebak Vape? – Pemuda ISMA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANGI, 04 April 2023 – “Adakah KKM sendiri bersedia menanggung akibat 300,000 pelajar sekolah dan pemuda yang telah terjebak dengan penggunaan vape,” soal M Riduan Muhammad, Ketua Pemuda ISMA berhubung keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminda Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan nikotin dalam vape baru-baru ini.

Menerusi sebuah kenyataan media, Pemuda ISMA menyatakan bantahan mereka terhadap keputusan itu kerana ia akan membuka dan merancakkan lagi pasaran vape di Malaysia.

Pemuda ISMA juga berpendapat bahawa keputusan ini bertentangan dengan peranan KKM yang sepatutnya menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat terutamanya belia, malah Kementerian itu harus bertegas untuk menghalang penggunaan vape yang sudah maklum mempunyai kesan buruk kepada kesihatan.

BACA JUGA: Jho Low Rancang Derma Puluhan Juta Kepada Kempen Politik Obama

BACA JUGA: Pertubuhan Islam Bantah Pembinaan Patung Mazu

BACA JUGA: Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 Dibayar 5 April Ini

Dalam pada itu, Pemuda ISMA meluahkan kekhuatiran mereka terhadap keputusan gelojoh KKM yang bakal mengundang kesan negatif kepada pembentukan generasi Ummah Fadhilah yang sihat dan produktif.

Mereka turut menekankan, “Apakah keputusan ini akan membantu pembentukan pemuda yang bakal menjadi pewaris kepimpinan negara?”

Ujar M Riduan, “Pemuda merupakan generasi masa depan yang penting bagi kemajuan dan keberhasilan negara. Oleh karena itu, suatu yang sangat penting bagi pemuda untuk menjadi sihat dan produktif agar dapat menyumbang secara positif dalam masyarakat.”

“Pemuda juga harus menjadi contoh kepada generasi yang lebih muda dengan hidup sihat dan aktif, dengan cara menghindari rokok dan penggunaan vape,” tambah beliau.

Di akhir kenyataan, Pemuda ISMA menegaskan kepada pihak Kerajaan Madani agar menarik semula pindaan RUU tersebut demi kebaikan rakyat keseluruhannya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: