Tempatan

Henti Penjualan Rempah Kandung Etilena Oksida – KKM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 29 Mei 2024 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan agar menghentikan penjualan produk rempah yang mengandungi etilena oksida.

“KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) sentiasa menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk di seluruh negara. Berdasarkan semakan data melalui Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM), sehingga April 2024, hanya terdapat satu pengimportan masuk produk rempah berjenama Everest Fish Curry Masala dan tiada pengimportan masuk produk rempah berjenama MDH Curry Powder ke Malaysia.

“Mana-mana peniaga termasuk peniaga dalam talian yang mempunyai stok produk tersebut diarahkan untuk menghentikan penjualan produk berkaitan dan semua platform e-dagang dan media sosial diminta untuk menghentikan penyiaran iklan makanan tersebut serta merta,” memetik kepada kenyataan KKM yang dikeluarkan semalam.

Menurut KKM, pihaknya mengambil maklum akan laporan media massa berhubung gesaan untuk menghentikan penjualan dua jenama rempah dari India kerana dipercayai mengandungi etilena oksida melibatkan jenama-jenama tersebut.

Pada masa ini juga, KKM turut melaksanakan pemantauan kandungan aflatoksin, logam berat dan residu racun perosak di dalam produk rempah di semua pintu masuk negara. Hasil pemantauan dari 2019 sehingga April 2024 turut mendapati 43 sampel yang diambil mematuhi keperluan perundangan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melayari laman sesawang Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) serta Facebook Program Keselamatan Makanan dan Kualiti Makanan (PKKM) seperti berikut:

Untuk rekod, etilena oksida merupakan kandungan yang sering digunakan untuk membunuh serangga perosak dan turut digunakan dalam rempah untuk mengawal cemaran mikrobiologi yang berpunca dari bakteria, virus dan kulat. Malah, ia juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci.

Walaupun begitu, penggunaan kandungan ini dalam makanan serta bahan bersentuhan makanan adalah tidak dibenarkan berikutkan etilena oksida bersifat karsinogenik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: