Tempatan

KKM Panjang Waktu Operasi Klinik Kesihatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 13 Mac 2023 – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan waktu pengoperasian Klinik Kesihatan (KK) akan dipanjangkan bagi mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital Kerajaan.

KKM dalam kenyataannya berkata, sebanyak 52 buah KK akan terlibat dalam pelaksanaan itu.

Manakala, waktu operasi dan hari bekerja akan disesuaikan mengikut keperluan setempat iaitu dari 5 petang hingga 9.30 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan 8 pagi hingga 12 tengahari pada hari Sabtu.

BACA JUGA: ‘Gelombang Abah’ Lawan Kezaliman, Lebih Besar Daripada Reformasi – Takiyuddin

BACA JUGA: Koperasi Masjid, Bantu Tingkatkan Perekonomian Kariah

BACA JUGA: Lebih 40,000 Penolong Pegawai Perubatan Diperlukan Negara Menjelang 2025

Antara senarai KK yang terlibat akan dipanjangkan waktu operasi adalah Perlis (Kuala Perlis dan Kangar) dan Pulau Pinang (Bayan Baru dan Seberang Jaya).

“Selain itu, pelaksanaan turut membabitkan KK Kedah (Alor Setar, Kulim, Sungai Petani, Kuah dan Padang Matsirat) serta Perak (Tapah, Teluk Intan, Greentown, Kemunting, Taiping, Sitiawan dan Tanjung Malim).”

Di Melaka pula melibatkan (Masjid Tanah, Alor Gajah, Jasin, Merlimau, Ayer Keroh dan Peringgit) manakala Negeri Sembilan (Port Dickson, Bahau dan Seremban), dan Johor (Mahmoodiah, Sultan Ismail, Bandar Maharani, Mengkibol, Batu Pahat dan Kulai Besar).

Tambah kenyataan itu lagi, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (Kuala Lumpur dan Presint 9) dan Selangor (Ampang, Kajang, Taman Medan, Seksyen 19, Bandar Botanik dan Taman Ehsan) juga terlibat.

Pahang pula di (Bandar), Kelantan (Bandar Kota Bharu) dan Sabah (Inanam, Luyang,Menggatal, Lahad Datu, Penampang, Putatan, Sandakan dan Tawau).

Di Sarawak pula membabitkan (Jalan Masjid, Bintulu dan Jalan Lanang).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: