Tempatan

KKM Belum Cadang Vaksinasi Besar-Besaran Untuk Monkeypox

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Mei 2022 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak bercadang untuk mengadakan vaksinasi besar-besaran seperti yang dilakukan untuk COVID-19 berikutan ketiadaan kes monkeypox di negara ini.

“Walaupun kami ingin menjalankan latihan vaksinasi, kami hanya akan memberi tumpuan kepada kontak rapat dan pekerja kesihatan yang berisiko tinggi,” kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

BACA: Menakutkan! Syarikat Peribadi Boleh Ubah Suai Rekod Mysejahtera Kita – Boo Su-Lyn

BACA: Tular Dakwaan Mesej Tawar Jual Maklumat Peribadi MySejahtera

BACA: Filipina Tidak Iktiraf Sijil Vaksin Malaysia, Rakyat Malaysia Terkandas

Kerajaan telahpun merangka lima pelan tindakan bagi menangani monkeypox ini yang sedang tular di beberapa negara antaranya dengan melakukan pengesanan awal, pengukuhan keupayaan diagnostik penyakit, pengurusan kes, pengawalan wabak serta meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penyakit itu.

Mengulas lanjut, Kerajaan turut akan meningkatkan pemantauan di semua pintu masuk antarabangsa ke Malaysia termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi mengelak penularan penyakit tersebut.

Bukan itu sahaja, lebih banyak makmal bagi menjalankan ujian monkeypox akan ditubuhkan berikutan ketika ini hanya terdapat dua makmal.

Kerajaan turut akan meningkatkan keupayaan makmal veterinary bagi menjalankan ujian pengawasan zoonosis ke atas haiwan.

Kedua-dua klinik kerajaan dan swasta dikehendaki membuat saringan monkeypox ke atas pesakit dengan segera dan sekiranya pesakit menunjukkan simptom jangkitan, pihak klinik hendaklah terus merujuk ke hospital bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Bagi mengawal wabak, pengesanan kontak rapat pesakit sebelum dan selepas dijangkiti akan dijalankan dan kuarantin di rumah selama 21 hari diwajibkan untuk pesakit.

Pegawai Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut mengatakan bahawa vaksinasi secara besar-besaran terhadap monkeypox ini adalah tidak perlu tetapi mereka menggesa agar usaha dipertingkatkan bagi membendung penularannya.

Menurut Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Sylvie Briand, jika langkah yang betul dilaksanakan ketika ini maka penyakit ini boleh dibendung dengan mudah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: