Antarabangsa

Benci Tikus, Datuk Bandar New York Tawar Pekerjaan Buru Tikus

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

NEW YORK, 05 Disember 2022 – Datuk Bandar kota metropolitan New York, Amerika Syarikat (AS) menawarkan pekerjaan baru iaitu pembunuh tikus dengan gaji yang lumayan.

Eric Adams menerusi akaun Twitternya memaklumkan akan membayar sehingga USD17Amei0,000 (RM745,611) kepada individu yang sanggup menerima tugasan tersebut.

“Tiada apa yang lebih saya benci daripada tikus. Jika anda mempunyai dorongan, keazaman dan naluri membunuh yang diperlukan untuk melawan populasi tikus tanpa henti di New York City, maka pekerjaan impian ini menanti anda,” katanya.

Menurut iklan jawatan yang disiarkan oleh pejabat Datuk Bandar, keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai latar belakang dalam perancangan bandar, pengurusan projek atau sektor kerajaan.

Mengikut deskripsi tugas, peranan sebagai Pengarah Mitigasi Tikus itu akan bekerja di bawah Timbalan Datuk Bandar untuk operasi dan Pejabat Datuk Bandar.

Mereka yang terpilih wajib menjadi penduduk bandar dalam tempoh 90 hari selepas dilantik, mempunyai ijazah sarjana muda dan pengalaman yang berkaitan termasuk, bersemangat dan licik tanpa rasa belas kasihan terhadap haiwan perosak itu.

Penawaran jawatan ini merupakan usaha terbaru New York setelah usahanya sebelum ini tidak membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Penampakan tikus telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan aduan kepada perkhidmatan pelanggan bandar meningkat sebanyak 67 peratus daripada tahun 2019.

Mengikut anggaran, kira-kira dua juta tikus merangkak melalui jalan raya dan kereta api bawah tanah di bandar tersebut, iaitu bersamaan satu untuk setiap empat warga New York.

Berdasarkan data Tinjauan Perumahan Amerika 2021 pula meletakkan New York di tempat ketiga untuk penampakan tikus paling banyak di wilayah metro AS.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: