Tempatan

Vaksin Qdenga Inisiatif Kurangkan Kes Denggi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Jun 2024 – Malaysia telah mengumumkan ketersediaan vaksin denggi Qdenga untuk individu berumur empat tahun ke atas setelah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-393 pada Februari yang lalu.

Pengerusi Advokasi Pencegahan Denggi Malaysia, Prof Datuk Dr Zulkifli Ismail, vaksin tersebut memberikan perlindungan yang signifikan terhadap keempat-empat serotip virus denggi, dengan menunjukkan 80.2 peratus perlindungan keseluruhan terhadap denggi simptomatik selepas 12 bulan.

“Dengan vaksin ini, kita harap bahawa kita mungkin akan mengurangkan kalau tak kes pun, kita boleh mengurangkan kematian.”

“Kita monitor sekarang ialah kematian, kita hendakkan apa yang Pertubuhan Kesihatan Sedunia menetapkan bahawa sasarannya ialah kematian sifar atau kosong”,  katanya kepada RTM selepas menjadi tetamu dalam program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri, Kota Media.

Selain itu, orang ramai tidak perlu khuatir dengan vaksin tersebut kerana Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Malaysia telah meluluskan Qdenga berdasarkan data yang menunjukkan keberkesanan dan keselamatannya.

“Saya tahu orang ramai takut vaksin sebab isu COVID-19, kalau tidak mahu ambil terpulang kerana pilihan masing-masing. Tidak perlu diwajibkan tetapi kewajaran itu ada sebab kita berada di kawasan denggi.”

“Pembuatan vaksin denggi lebih kurang sama dengan vaksin influenza. Influenza bertahun-tahun ada di pasaran, jadi keselamatan tiada isu seperti vaksin COVID-19,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: