Tempatan

Guna Logo Halal Tidak Sah, Kilang Proses Cili Kisar Diserbu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IPOH, 10 Januari 2023 – Pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan serbuan ke atas sebuah kilang memproses cili kisar di Kawasan Perindustrian Silibin selepas disyaki menggunakan logo halal yang tidak sah pada produk yang dihasilkan, semalam.

Menurut Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail, operasi tersebut adalah susulan daripada risikan yang dijalankan pihak KPDN Perak serta maklumat awam mengenai kegiatan memproses makanan menggunakan logo halal yang tidak sah.

Dalam operasi yang dijalankan pada jam 10.30 pagi itu, kata beliau, seorang lelaki tempatan berusia 60-an dipercayai pemilik premis didapati gagal untuk mengemukakan sebarang perakuan halal yang diperakukan pihak berkuasa sewaktu diminta.

Sehubungan itu, tindakan diambil dengan menyita kesemua cili kisar, plastik pembungkus yang tertera logo halal, barangan pembungkusan dan dokumen lain bagi siasatan lanjut di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 di mana nilai keseluruhan barangan yang rampasan dianggarkan bernilai RM43,185.80.

Dalam pada itu, pihak KKM turut mengenakan satu perintah tutup premis makanan ke atas kilang tersebut berikutan tahap kebersihan premis yang tidak mencapai piawaian yang ditetapkan.

Beliau justeru menasihatkan semua peniaga serta pengusaha agar mematuhi undang-undang yang dikuatkuasa mendapatkan perakuan halal yang sah daripada agensi berkenaan.

Malah, belia juga menyeru pengguna untuk menghubungi KPDN melalui saluran yang disediakan bagi sebarang aduan mahupun pertanyaan berhubung isu salah laku peniaga, kualiti barangan dan perkhidmatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: