Tempatan

Klinik Online KKM: PERDIM Bimbang Berlaku Kebanjiran Doktor Palsu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Jun 2023 – Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM) menyokong inisiatif pengenalan klinik secara maya, namun mereka bimbang sekiranya ia mendorong kebanjiran doktor palsu.

Presiden pertubuhan itu, Dr Boi Saidi Abd Razak berkata, “PERDIM sokong usaha KKM memperkenalkan klinik secara maya yang objektifnya untuk kepentingan rakyat tetapi kita mohon supaya Kerajaan perhalusi juga pelaksanaan, SOP dan peraturan khas bagi mengawal pengeluaran preskripsi oleh seorang doktor kepada pesakitnya.”

Jelasnya, kini tiada SOP atau akta berkaitan pengeluaran preskripsi yang merupakan dokumen rasmi pembekalan ubat kepada pesakit. Beliau merasakan akta ini perlu bagi memastikan cadangan KKM itu tidak disalah guna untuk tujuan perniagaan.

“Sebagai contoh, adalah tidak munasabah seorang doktor keluarkan 1,000 preskripsi sehari gunakan platform maya.”

BACA JUGA: GEMPAR! Rumah Hanyut Ke Tengah Laut Angkara Ribut

BACA JUGA: Tanah Adat Dirampas Pihak Ketiga, Peribumi Sabah Ke Pejabat PM Tuntut Hak

BACA JUGA: Puak LGBT Turkiye Langgar Larangan Perhimpunan Pride, 50 Ditahan

Tambahnya, “Konsultasi secara maya tidak ideal dalam pengendalian pesakit, contoh ketara apabila doktor boleh lepas pandang tanda-tanda fizikal penyakit.”

Boi Saidi berpendapat, mungkin sidang video boleh digunakan selepas pertemuan semula antara doktor dan pesakit.

Terdahulu, KKM bercadang memperluaskan sistem klinik maya bagi mengatasi masalah kesesakan di klinik kerajaan dan swasta.

Menurut Garis Panduan Pelaksanaan Klinik Virtual KKM, ia merupakan perkhidmatan kesihatan virtual, langsung live dan interaktif yang dirancang merangkumi khidmat nasihat doktor, pendidikan kesihatan serta pelan rawatan antara petugas kesihatan dan pelanggan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: