8,000 Kanak-Kanak Gaza Derita Kekurangan Zat Makanan – PBB
GENEVA, 17 Jun 2024 – Lebih 8.000 kanak-kanak Gaza menderita kekurangan zat makanan akut termasuk 1,600 kanak-kanak dengan bentuk penyakit yang paling bahaya, menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu kenyataan pada Selasa lalu.
“Walaupun terdapat laporan peningkatan penghantaran makanan, pada masa ini tiada bukti bahawa mereka yang paling memerlukannya menerima kuantiti dan kualiti makanan yang mencukupi,” kata beliau yang turut memberi amaran bahawa “sebilangan besar penduduk Gaza kini menghadapi kelaparan yang dahsyat dan keadaan seperti kebuluran.
Tedros yang menyuarakan kebimbangan telah memberi amaran bahawa agensi kesihatan PBB telah mendokumentasikan 480 serangan rejim haram apartheid Israel ke atas penjagaan kesihatan di Tebing Barat sejak 7 Oktober lalu.
“Walaupun tumpuan dunia tertumpu pada Gaza, terdapat juga krisis kesihatan yang semakin meningkat di Tebing Barat di mana serangan terhadap penjagaan kesihatan dan sekatan pergerakan orang menghalang akses kepada perkhidmatan kesihatan,” jelas beliau.
Lporan sama turut mengatakan, Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) menyatakan bahawa rawatan yang menyelamatkan nyawa untuk kanak-kanak yang kekurangan zat makanan berbahaya semakin berkurangan di kawasan yang hancur akibat perang.
Katanya, hanya dua daripada tiga pusat penstabilan pemakanan yang khusus untuk kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan serius di Gaza masih dibuka.
Pejabat bantuan PBB turut menyatakan,
“Usaha untuk mengedarkan makanan masih terhalang oleh pertempuran aktif, jalan yang rosak, bilangan titik masuk ke Gaza yang terhad, waktu operasi yang tidak optimal di lintasan dan pos pemeriksaan serta bilangan trak yang dibenarkan masuk yang terhad.”