Tempatan

Kanak-Kanak Tersedut Cecair Vape Disyaki Keracunan Nikotin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PAHANG, 06 Jun 2023 – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun disyaki mengalami keracunan nikotin dipercayai tersedut atau tertelan cecair peranti rokok elektronik (vape) jenis pakai buang dalam kejadian pada 30 Mei lalu di Bera, Pahang.

Memetik kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kanak-kanak tersebut mengalami gejala batuk, muntah dan sesak nafas sewaktu ditemui oleh datuknya pada hari kejadian.

Sewaktu ditemui, terdapat vape pakai buang berada di atas lantai berhampiran kanak-kanak berkenaan.

Kanak-kanak tersebut lantas dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang kerana memerlukan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak.

Dilaporkan, kanak-kanak tersebut mengalami sawan sebanyak dua kali sewaktu dalam rawatan.

Dalam perkembangan terkini, pesakit berada dalam keadaan stabil dan bernafas tanpa bantuan alat pernafasan dan dipantau oleh pihak hospital.

“Sungguhpun kejadian ini pada mulanya dilaporkan sebagai probable kes EVALI (Electronis Vape Associated Lung Injury) namun hasil penemuan klinikal didapati tidak memenuhi kriteria EVALI sebagaimana dalam Clinical Practice Guidelines on Management of E-Cigarette Or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (EVALI), 2021. Keputusan ujian air kencing menunjukkan kehadiran nikotin pada paras yang tinggi.”

BACA JUGA: 3,000 Rakyat Palestin Ditahan Sejak Awal 2023

BACA JUGA: Wabak Tapak Sulaiman “Crown of Thorns” Dikesan Di Lahad Datu

BACA JUGA: Agama Itu Untuk Mengatur Diri Sendiri Bukan Mengatur Orang Lain – Siti Kasim

Kata KKM, vape yang ditemui turut dihantar ke makmal untuk ujian lanjut.

Berkata dalam kenyataan yang sama, pesakit kanak-kanak itu turut disahkan menghidapi Acute Life Threatening Event Secondary To Possible Alleged Nicotine Ingestion Complicated With Seizure.

Sehubungan itu, pihak KKM mengingatkan orang ramai bahawa penggunaan produk merokok termasuk rokok elektronik adalah berbahaya kepada kesihatan.

Keracunan nikotin akibat daripada penggunaan tembakau atau cecair rokok elektronik boleh menyebabkan kesan akut seperti debaran jantung atau palpitation, muntah dan sawan malah ia boleh berlaku kepada semua pengguna termasuk kanak-kanak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: