Tempatan

KKM Buka Permohonan Penyertaan Anggota Kesihatan Ke Gaza

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 15 November 2023 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuka permohonan penyertaan atas talian kepada anggota kesihatan yang bersedia menyertai pasukan perubatan ke Gaza, Palestin.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, latihan bersesuaian dari sudut fizikal, mental dan emosi akan diberikan kerana ia melibatkan rawatan kepada mangsa bencana peperangan.

“Dari sudut persediaan lain-lainnya, saya yakin anggota kesihatan ini, mereka memang bersedia dari sudut rawatan dan sebagainya,” ujar Dr. Zaliha.

Menurut beliau, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan Palang Merah Antarabangsa dan Mercy Malaysia dalam inisiatif ini bagi menyokong sistem kesihatan di Gaza.

Terdahulu, KKM mengesahkan bersedia menghantar pasukan perubatan ke Gaza sebaik sahaja menerima kebenaran, bahkan pihaknya sudah mengenal pasti pasukan yang boleh dimobilisasikan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: