Antarabangsa

AS-Ukraine Ikat Perjanjian Sekuriti Baharu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISNIN, 16 Jun 2024 – Presiden Amerika Syarikat (AS), Jo Biden dan pemimpin Ukraine Vladimir Zelensky telah memeterai perjanjian keselamatan selama 10 tahun, di mana menerusi perjanjian tersebut, Washington telah berjanji untuk terus menyebelahi Kiev dalam konfliknya dengan Moscow.

Perjanjian tersebut telah dimaterai pada Selasa di luar persidangan G7 di selatan Itali. Menerusi perjanjian tersebut, AS telah berjanji untuk “membantu menghalang dan menghadapi sebarang pencerobohan terhadap integriti kawasan Ukraine pada masa akan datang”.

Perjanjian tersebut turut menyaksikan bahawa AS berikrar untuk “menyokong usaha Ukraine untuk memenangi peperangan hari ini dan untuk menghalang pencerobohan tentera Rusia pada masa akan datang”. Perjanjian tersebut turut menegaskan,

“Ianya adalah polisi AS untuk membantu Ukraine dalam mengekalkan keupayaan pertahanan serta pencegahan yang mantap”.

Washington juga telah berikrar untuk menyokong Kiev dalam pelbagai cara termasuklah bantuan ketenteraan, perkongsian risikan serta bantuan kewangan.

Setelah majlis tandatangan perjanjian tersebut, Biden telah menyatakan kepada para wartawan bahawa keamanan yang berkekalan untuk Ukraine hendaklah terjamin menerusi kemampuan Ukraine sendiri untuk mempertahankan dirinya serta menghalang sebarang pencerobohan pada masa akan datang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: