Tempatan

Kg Lembah Permai Kundasang Disahkan Kawasan Potensi Bencana Tanah Runtuh

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RANAU, 09 Februari 2023 – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Sabah mengesahkan Kg Lembah Permai Kundasang sebagai kawasan berpotensi bencana akibat tanah runtuh, berdasarkan pemeriksaan bersepadu di kawasan itu pada Isnin lalu.

Pengarahnya, Dr Frederick Francis Tating berkata, pihaknya kini sedang menyediakan laporan dan dijangka siap pada minggu depan.

Sementara itu, Pegawai Daerah Ranau, Jumain Abdul Ghani memaklumkan ia bagaimanapun masih belum mencapai tahap kecemasan pemindahan.

BACA JUGA: 150 Ribu Biji Telur Setiap Minggu Disediakan Untuk Ramadan

BACA JUGA: Gempa Turkiye-Syria: Yang di-Pertuan Agong Seru Rakyat Malaysia Hulur Bantuan

BACA JUGA: Lepas Hina Nabi Muhammad SAW, Charlie Hebdo Terkini Perolok Bencana Gempa Turkiye

Namun pihaknya menggalakkan penduduk berhati-hati dan berpindah ke tempat yang lebih selamat memandangkan keadaan cuaca ketika ini masih tidak menentu.

Jumain yang juga Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Ranau berkata unit itu bersedia menyediakan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk penduduk sekiranya berlaku perkara di luar jangkaan.

Dalam pada itu, Jumain turut menasihati semua pihak agar menghentikan sebarang pembinaan struktur bangunan di kawasan lereng bukit dan tebing sungai dengan kadar yang segera.

Terdahulu, lebih 300 penduduk yang tinggal di Kg Lembah Permai Kundasang diarah mengosongkan rumah mereka berkuat kuasa serta-merta, Isnin, berikutan risiko tinggi berlaku tanah runtuh di sini pada Isnin.

Arahan tersebut dikeluarkan susulah pemeriksaan bersepadu bersama beberapa agensi di bawah PKOB dan mendapati bahawa terdapat pergerakan tanah di Kg Lembah Permai.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: