Tempatan

Kenyataan Istana Tidak Wajar – Zuraida Kamaruddin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 04 Ogos 2021 – Kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara berhubung cadangan pembatalan ordinan darurat pada 29 Julai lalu adalah tidak “tidak wajar” (not proper), kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

“Agong seharusnya mendengar apa yang disyorkan oleh Kabinet. Sepatutnya ada perbincangan dan libat urus.”

“Tidak harus ada sebarang kenyataan awam yang saya fikir tidak wajar (not that proper) dalam sistem Raja Berperlembagaan.”

Kenyataan ini merupakan jawapannya mengenai isu pembatalan ordinan darurat sewaktu dalam rancangan bual bicara bahasa Inggeris, Consider This di Astro Awani malam tadi, lapor portal Malaysiakini.

Menurut Zuraida, Yang di-Pertuan Agong, yang perlu menurut nasihat Kabinet dalam kebanyakan perkara, boleh mendapatkan penjelasan daripada Kabinet terlebih dahulu sebelum mengeluarkan titah.

Sebagai anggota dalam Kabinet, dia yakin ia dibuat dengan proses yang betul.

“(Malaysia adalah) Raja Berperlembagaan di mana (Raja) perlu mendapat nasihat Kabinet dan Perdana Menteri tentang apa sahaja.”

“Saya sedikit kecewa. Apa saja yang mereka tidak jelas, mereka seharusnya menghubungi Pejabat Perdana Menteri. (Lebih-lebih lagi) Perdana Menteri (mengadap Agong) sekali seminggu sebelum mesyuarat Kabinet.”

Bukan itu sahaja Zuraida juga mempertahankan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan yang didakwa mengelirukan dewan rakyat berkenaan pembatalan darurat.

“Jika anda dengar dengan cermat apa yang dikatakan – perkataan demi perkataan – dia tidak berkata apa-apa tentang ordinan. Dia kata kabinet telah membatalkan ordinan pada 21 Julai.”

“Jadi itu keputusan kabinet. Tiada apa yang salah.”

Jelasnya, Kabinet memutuskan untuk membatalkan ordinan darurat pada 21 Julai dan – berdasarkan proses yang ada – membawa keputusan itu kepada Agong.

Beliau juga tidak bersetuju bahawa persetujuan istana diperlukan untuk sebarang undang-undang.

“Jika penasihat undang-undang Agong sangat cermat dalam pentafsiran (undang-undang), dia akan tahu yang walaupun Agong tidak setuju, dalam masa 30 hari ia akan selesai atau memakan masa enam bulan.”

“Jadi, perbahasan tentang perkara ini membazir masa memandangkan kita tahu akhirnya bergantung kepada kerajaan dan kabinet untuk memutuskan dan Agong perlu mendengarnya.”

“Jika (istana) perlu penjelasan, kita akan jelaskan. Itulah yang seharusnya,” kata Zuraida.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: