NGO

Menteri Kerajaan Beradablah dan Jangan Derhaka Mencemar Keprihatinan Agong – ISLAMI Pahang & Amal Sejagat Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KENYATAAN MEDIA ISLAMI PAHANG DARUL MAKMUR dan AMAL SEJAGAT MALAYSIA

Kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin yang mendakwa KDYMM Yang Di-Pertuan Agong bertindak secara tidak wajar berhubung isu pembatalan ordinan darurat baru-baru ini amatlah dikesali, biadap malah bersifat derhaka.

Menteri Kerajaan Zuraida Kamaruddin ini secara jelas dan nyata tidak memahami peranan dan kedudukan KDYMM Seri Paduka Baginda dalam Perlembagaan Negara yang pada hemat beliau tidak lebih dari “rubber stamp” yang perlu menurut nasihat Kabinet sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi.

Zuraida Kamaruddin meskipun seorang Menteri Kerajaan KDYMM Seri Paduka Baginda dan juga Ahli Parlimen Malaysia bukan sahaja gagal menghayati amalan Pengasingan Kuasa antara pihak eksekutif dan pihak legislatif tetapi juga amalan Semak dan Imbang antara kedua-dua komponen Kerajaan KDYMM Seri Paduka Baginda.

Lebih dikesali, Zuraida Kamaruddin langsung tidak memahami hak Prerogatif KDYMM Yang Di-Pertuan Agong melihatkan kepada situasi krisis politik yang tidak stabil dan pandemik yang semakin memburuk ini. Di sinilah KDYMM Yang Di-Pertuan Agong memperlihatkan hikmah dan hemah Baginda yang sangat prihatin atas kemaslahatan rakyat dan bertindak sedemikian rupa sejajar dengan prinsip-prinsip Keluhuran Perlembagaan.

Nampaknya secara berturut-turut ahli-ahli politik Melayu Islam dalam Kerajaan gagal menunjukkan penghormatan dan keakuran kepada Keluhuran Perlembagaan dan jika ini berterusan akan membawa petanda buruk terhadap tingkah-laku ahli-ahli politik Melayu Islam sekaligus memusnahkan Kedaulatan Watan yang kita cintai ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: