Politik

Zahid Cetus Kegemparan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 03 Ogos 2021 – “UMNO memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin yang ternyata gagal di mata rakyat selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO,” kata Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi.

Pendirian ini diumumkan sejurus tamat Mesyuarat MKT UMNO petang tadi.

Beliau berkata, kenyataan terbaru Perdana Menteri tidak menjernihkan masalah, bahkan menyerlahkan kekhilafan kerajaan yang jelas menyanggah titah Seri Paduka dan mempersendakan baginda yang sudah beberapa kali menitahkan untuk semua Ordinan Darurat dibahas serta diungkaikan sebelum 1 Ogos lagi, bukan September 2021, sejajar Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

Tidak kelihatan sebahagian besar Menteri-Menteri Kabinet UMNO ketika sidang media diadakan petang tadi.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: