Tempatan

Pelantikan Baru Ahli Lembaga Kayu Malaysia

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 December 2021 – Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komiditi telah melantik dua individu sebagai Ahli Wakil Lantikan Menteri.

Mereka yang dilantik ialah Encik Sarajun Hoda bin Abdul Hassan dan Puan Aspalin binti Haji Sirat di bawah Seksyen 4(1)(H), Akta 105 berkuatkuasa mulai 17 Disember 2021.

Antara fungsi yang dijalankan oleh Lembaga ini ialah melaksanakan kawalan dan memantau eksport, import, kayu dalam transit dan pasaran dalam negeri, melaksanakan dasar dan program pembangunan untuk memastikan peningkatan dan daya maju perindustrian kayu di Malaysia serta memajukan usahawan Bumiputera dalam perindustrian kayu supaya lebih berdaya saing.

Pengerusi dan Ahli Lembaga dilantik oleh Yang Berhormat Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Yang Berhormat Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin dan tempoh pelantikan adalah tidak melebihi dua tahun namun mereka layak untuk dilantik semula.

Pelantikan Ahli Lembaga MTIB adalah tertakluk kepada Seksyen 4, Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) 1973 [Akta 105].

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia juga dikenali dengan nama Malaysia Timber Industri Board (MTIB).

Leave a Reply

Back to top button