Tempatan

Darurat Politik: Batalkan Seksyen 11 Ordinan Darurat Dan Gubal Seksyen Baharu – Haniff Khatri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 01 Ogos 2021 – Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla mencadangkan supaya Yang di-Pertuan Agong membatalkan Seksyen 11 Ordinan Darurat, yang membolehkan kerajaan dipimpin Perdana Menteri Muhyiddin Yassin termasuk barisan Kabinet runtuh, sebelum pengisytiharan darurat secara automatik tamat pada tengah malam, 2 Ogos ini.

Menurutnya, satu Seksyen 11 baru digubal dalam Ordinan Darurat dan meletakkan kuasa tadbir urus negara semasa darurat kepada satu Majlis Penasihat Diraja Darurat untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dan dibantu penjawat awam di bawah kementerian masing-masing.

Haniff berkata, Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara mutlak melanjutkan tempoh darurat mulai 2 Ogos ini hingga sekurang-kurangnya 31 Disember tahun ini ataupun mana-mana tarikh mengikut Perkara 150(1) dan atau Perkara 150(2A) Perlembagaan Persekutuan.

“Keseluruhan fokus dan perhatian tadbir urus negara semasa darurat ditumpukan kepada masalah menangani Covid-19 tanpa gangguan politik sama sekali,” ujar beliau.

Tambah Haniff, YDPA wajar melanjutkan darurat atas alasan “Darurat Politik”.

“Malah, letakkan tadbir urus di bawah Majlis Penasihat Diraja Darurat, atas alasan cabang legislatif dan cabang eksekutif disahkan kini tidak dapat berfungsi untuk bantu tadbir urus negara.”

Haniff berkata, sejak hari Khamis 29 Julai 2021 yang lalu, cabang eksekutif negara telah terpalit dengan soal kejatuhan kredibiliti dan kehilangan kepercayaan di atas kebolehan melaksanakan tadbir urus negara dengan penampilan fakta dari kenyataan media Istana Negara bertarikh 29 Julai 2021 yang sudah dan masih dibincangkan oleh segolongan besar rakyat dari segenap lapisan masyarakat termasuk para pengamal undang-undang, para akademik dan para penganalisa politik, serta rakyat sejagat.

Mengulas lanjut, pada 31 Julai 2021, Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat telah mengeluarkan satu Kenyataan Rasmi mengesahkan bahawa di atas alasan risiko Covid-19, maka persidangan Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 yang sepatutnya bersambung pada hari Isnin, 2 Ogos 2021 tidak dapat diteruskan dan ditangguhkan seperti dilaporkan media.

Jelas Haniff, dalam hal keadaan ini, tidak lagi boleh dinafikan bahawa negara kita kini berada dalam “Darurat Politik” yang mengganggu perjalanan biasa tadbir urus negara berpandukan kepada sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

“Walau bagaimanapun, memandangkan negara kini berada dalam keadaan Darurat yang masih sah sehingga jatuhnya detik jam 12, awal pagi Isnin 2 Ogos 2021 nanti, maka ianya dengan penuh takzim saya syorkan perkara-perkara berikut untuk pertimbangan dan pelaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebelum tibanya tempoh jam 12 awal pagi Isnin nanti, iaitu:”

a. Membatalkan Seksyen 11 Ordinan Darurat, dan dengan itu gugurlah kuasa urus tadbir negara semasa Darurat dari Kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Jemaah Menterinya.

b. Menggubal satu Seksyen 11 baru dalam Ordinan Darurat (ataupun menggubal Ordinan Darurat yang baru) dan meletakkan kuasa tadbir urus negara semasa Darurat kepada satu Majlis Penasihat Diraja Darurat untuk menasihati KeBawah Duli YDP Agong berhubung tadbir urus negara Darurat, dan dibantu kesemua para penjawat awam di bawah Kementerian masing-masing.

c. Melanjutkan tempoh Darurat mulai 2 Ogos 2021 sehingga sekurang-kurangnya 31.12.2021 ataupun mana-mana tarikh lain di atas budi bicara mutlak KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150(1) dan/atau Perkara 150(2A) Perlembagaan Persekutuan.

d. Dengan ini, keseluruhan fokus dan perhatian tadbir urus negara semasa Darurat dapat ditumpukan kepada Masalah Utama Rakyat iaitu masalah Covid-19, masalah sara hidup rakyat akibat kesan negatif kepada ekonomi semasa pandemik Covid-19, masalah sosial berhubung tekanan hidup, permasalahan hal rumah tangga dan kadar kenaikan bunuh diri, serta kesan negatif terhadap sistem pendidikan negara yang terbantut sejak hampir dua tahun yang lalu, tanpa gangguan isu politik sama sekali.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker