Tempatan

Kedutaan UK Di Malaysia Sokong Pride Month Melalui Retweet

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 05 Jun 2022 – Kedutaan UK di Malaysia dipercayai menyokong Bulan Pride apabila me retweet satu kenyataan dari Foreign, Commonwealth & Development Office (FCDO) Inclusive yang mengatakan bahawa hak Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT) merupakan hak asasi manusia dan meminta sesiapa yang bersetuju untuk me retweet kenyataan tersebut.

WhatsApp-Image-2022-06-05-at-1.54.11-AM.jpeg?resize=312%2C674&is-pending-load=1#038;ssl=1

“Tiada sesiapa pun harus menghadapi keganasan atau diskriminasi semata-mata kerana menjadi diri mereka sendiri. Semasa #PrideMonth (Bulan Pride), dan pada setiap hari sepanjang tahun, kami berbangga memperjuangkan kesaksamaan dan kebebasan. 🏳️‍🌈 Hak LGBT+ = Hak Asasi Manusia. Retweet jika anda bersetuju,” tulis tweet tersebut.

Kedutaan UK di Malaysia itu turut me retweet satu lagi tweet daripada FCDO yang mengatakan bahawa UK sedang bekerjasama dengan sekutunya di seluruh dunia bagi melanjutkan hak LGBT di peringkat antarabangsa.

Tulisnya, mereka menyampaikan program yang tertumpu pada mempertahankan kebebasan untuk golongan LGBT+ dan mengukuhkan kesaksamaan dalam seluruh masyarakat.

WhatsApp-Image-2022-06-05-at-1.13.05-PM-1.jpeg?resize=314%2C389&is-pending-load=1#038;ssl=1

Bulan Pride LGBT ini merupakan sambutan yang akan disambut pada bulan Jun setiap tahun. Ia adalah bagi memperingati mereka dalam kalangan LGBT ini yang telah pergi kerana penyakit HIV atau AIDS.

Bukan itu sahaja, bulan ini juga adalah untuk komuniti ini meraikan seksualiti mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: