Antarabangsa

Banyak Negara Tidak Cakna Isu Penindasan Di Uyghur – US

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Washington, 05 Jun 2022 – “Republik Rakyat China (PRC) adalah contoh yang jelas bagaimana kerajaan menentang agama minoriti,” kata seorang pegawai Amerika Syarikat Rashad Hussain dalam sidang akhbar membentangkan Laporan Kebebasan Beragama Antarabangsa 2021 pada Khamis lalu.

Rashad yang merupakan duta besar Amerika Syarikat turut menegaskan masih banyak negara yang tidak ambil berat akan penindasan yang berlaku di sana.

Menurutnya, kerajaan China menggunakan teknologi yang canggih seperti kecerdasan buatan (AI) dan pengecaman muka untuk mengawasi dan mengawal penjara terbukanya di Xinjiang.

Mengikut laporan yang disediakan, sehingga 1.8 juta Uyghur dan etnik minoriti yang lain telah ditahan dan dibawa ke ratusan kem tahanan China di seluruh Xinjiang.

China pada mulanya menafikan kewujudan mana-mana kem tahanan di Xinjiang, tetapi pada 2018, dikatakan ia telah menubuhkan ‘pusat latihan vokasional’ yang diperlukan untuk membendung apa yang dikatakannya sebagai keganasan, pemisahan dan radikalisme agama di rantau itu.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken yang turut hadir dalam sidang media tersebut turut menyelar tindakan kejam China itu.

“Kumpulan hak asasi manusia dan organisasi advokasi Uyghur telah mengumpulkan bukti yang boleh dipercayai tentang penderaan teruk yang dialami oleh Uyghur di Xinjiang, daripada pemenjaraan besar-besaran dan pemusnahan masjid hingga penyeksaan, rogol dan pensterilan paksa.”

“China masih melakukan pembunuhan beramai-ramai dan penindasan ke atas Uyghur yang kebanyakannya beragama Islam serta kumpulan minoriti agama lain,” tegasnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: