Tempatan

Aplikasi Hijrah Diri Dibuang Dari Google Play

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 20 Mac 2022 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad memaklumkan bahawa beliau diberitahu mengenai aplikasi Hijrah Diri sudah dikeluarkan daripada Google Play beberapa hari yang lalu.

Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) diarahkan supaya mendapatkan penjelasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) susulan dari tindakan Google Play yang mengeluarkan aplikasi tersebut daripada platform berkenaan.

Senator Idris Ahmad berkata, aplikasi yang dibangunkan JAKIM itu adalah bertujuan untuk menjemput golongan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) agar kembali kepada fitrah diri mereka.

“Saya mengarahkan pihak JAKIM supaya berhubung dengan pihak SKMM untuk penjelasan dan tindakan selanjutnya.”

“Saya mohon doa semua umat Islam dan rakyat Malaysia, agar usaha kecil kami untuk mengajak manusia kembali kepada Allah S.W.T dipermudahkan,” ujar beliau menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook.

Tambah Idris lagi, lebih banyak aplikasi yang mendorong kepada perbuatan maksiat dan ia sedang berleluasa di pelbagai peranti dengan megahnya dan perkara ini secara tidak langsung akan semakin merosakkan jiwa umat Islam serta anak muda pada masa kini.

Beliau berpandangan bahawa tindakan Google Play sangat mengecewakan apabila wujudnya sebuah aplikasi untuk menarik manusia kembali kepada fitrah diri dinafikan serta dihalang oleh golongan tertentu.

Hijrah Diri merupakan satu aplikasi yang menjadi inisiatif JAKIM bersama Yayasan Ihtimam Malaysia bagi membantu puak-puak LGBT.

Kandungan yang terdapat di dalam aplikasi tersebut adalah wirid al-Ma’thurat, doa dan zikir yang terpilih serta kertas kerja yang berkaitan dengan isu LGBT menurut perspektif Islam serta takzirah dalam bentuk audio.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: