Antarabangsa

Varian Baru COVID-19 Dikenalpasti Berpunca Dari Israel

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW DELHI, 20 Mac 2022 – Varian baharu COVID-19 yang digelar BA.1 dan BA.2 telah dikenalpasti di Israel apabila dua penumpang yang tiba di negara tersebut didapati dijangkiti varian baharu berkenaan.

Menurut satu kenyataan dari Indiatoday, varian baharu itu dikesan ketika ujian PCR dilakukan ke atas dua penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Ben Gurion Israel.

Ketua Pengarah Kesihatan Israel, Nachman Ash mendakwa bahawa varian itu berkemungkinan datang daripada Israel dan penumpang tersebut mungkin telah dijangkiti sebelum mereka menaiki penerbangan di Israel.

Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Israel memaklumkan bahawa varian baharu itu tidak akan menyebabkan kes yang serius.

Tambahnya lagi, kes daripada strain baharu itu tidak memerlukan perubatan khas malah, kajian terperinci mengenai varian ini masih belum dilakukan.

“Varian ini masih tidak diketahui di seluruh dunia,” ujar kementerian itu dalam satu kenyataan.

Varian BA.1 dan BA. 2 tersebut merupakan strain baharu yang menjadi gabungan antara dua subvarian versi Omicron.

Antara gejala yang dapat dilihat selepas jangkitan ialah demam ringan, sakit kepala dan lemah otot.

Baru baru ini, WHO telah mengumumkan bahawa gabungan varian Delta dan Omicron iaitu Deltacron telah menular di bahagian Eropah.

Berikutan itu, WHO juga tidak menolak kemungkinan akan adanya kemunculan varian yang lebih baharu , teruk dan lebih ringan.

Leave a Reply

Back to top button