Tempatan

Sup Tulang Babi Makanan Tradisi, “Astaghfirullah” Kata Mantan Menteri KKOM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Jun 2023 – “Astaghfirullahilaziim…Negara ku Malaysia.”

Demikian respon mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKOM), Tan Sri Annuar Musa terhadap kenyataan Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse berhubung kewajaran mengangkat martabat hidangan Bak Kut Teh sebagai makanan kebangsaan Malaysia.

Annuar mempersoalkan, “Ahli Parlimen Kjaan Madani mencadangkan hidangan BAK KU TEH (masakan daging babi) di jadikan MAKANAN KEBANGSAAN?”

“Jika betul lapuran ini, benar lah dasar MALAYSIAN MALAYSIA cuba dilaksana beransur ansur..,” tegas beliau.

BACA JUGA: Haramkan Pelawak Hina Negara Masuk Malaysia Tidak Memadai – SUA Malaysia International Humanitarian Organization

BACA JUGA: Sindiket Palsukan Sijil Beranak, Doktor & Pegawai Kerajaan Antara 12 Diberkas SPRM

BACA JUGA: Malaysia Mahu Saman ‘Pewaris Sulu’ & Penaja

Sebelum ini, dalam sesi Dewan Rakyat, Jimmy meminta Kerajaan menyatakan usaha Kementerian untuk memastikan makanan tradisi rakyat Malaysia seperti Nasi Lemak, Bak Kut Teh (gulai daging babi) dan Laksa diangkat martabat sebagai Makanan Kebangsaan Malaysia dan tidak dituntut sebagai makanan kebangsaan negara lain.

Kenyataannya itu telah mencetuskan keriuhan dalam Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen Langkawi, Dato’ Haji Mohd Suhaimi Abdullah mempersoalkan sejak bila Bak Kut Teh menjadi makanan tradisi di Malaysia.

“Saya nak tanya sejak bilakah Bak Kut Teh ni menjadi makanan tradisi di Malaysia? Sebab dalam saya melihat sepuluh makanan tradisional paling popular di Malaysia tak ada Bak Kut Teh. 30 makanan tradisional kaum-kaum di Malaysia tidak ada Bak Kut Teh,” katanya.

Timbalan Menteri Pelancongan, Khairul Firdaus Akbar Khan turut bersetuju dengan kenyataan daripada Ahli Parlimen Langkawi itu yang menyatakan bahawa untuk memasukkan setiap jenis makanan sebagai kategori makanan warisan, makanan tersebut haruslah boleh dimakan dan dirasai oleh semua kaum di negara ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: