Tempatan

Jangan Siar Perkara Yang Mengganggu Sensitiviti Agama Dan Komuniti – Kementerian Komunikasi Dan Multimedia

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KELANTAN, 22 Mac 2022 – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memberi amaran yang tindakan akan dikenakan ke atas syarikat televisyen yang memaparkan perkara-perkara yang mengganggu sensitiviti agama dan rakyat di Malaysia.

Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia menegaskan bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk menarik semula kelonggaran yang diberikan kepada syarikat penyiaran untuk menapis sendiri kandungan mereka.

BACA: Proses Normalisasi Pelacuran Telah Bermula – Prof Madya Dr Rafidah Hanim

BACA: Iktiraf Pelacuran: Ke Mana Hala Tuju Wanita Malaysia; Jahiliyyah Atau Bertamadun?

BACA: Halalkan Industri Pelacuran Adalah Fitrah Kehaiwanan – Ustaz Haji Razali Daud MAMPIR

“Di bawah peraturan sekarang, kerajaan memberi kuasa penapisan bagi konten drama di peringkat stesen televisyen, yang mana mereka dikehendaki membuat pengawalan sendiri.”

Sekiranya kita mendapati stesen televisyen tidak menjaga garis panduan tertentu, terutama menyentuh hal agama, budaya, adat resam dan sebagainya, maka saya akan menyemak semula kemudahan itu dan kita akan menarik balik,” tegasnya seperti dilaporkan Berita Harian.

Beliau turut menyatakan bahawa batasan berkaitan hal-hal yang bercanggah dengan sifat Melayu dan Islam ini sepatutnya difahami dan dijaga sendiri oleh pihak-pihak berkaitan.

“Bagi saya adegan yang tidak Melayu, tidak Islam sifatnya, yang menyinggung perasaan orang Melayu, orang Islam dan sebagainya ini, sebenarnya tidak perlu menunggu pihak kementerian menegur kerana kita perlu faham sendiri batas-batas dalam adegan tersebut,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: