Tempatan

Tanah PDRM Tukar Milik Ke Gereja, Tiada Tindakan Lanjut – Menteri Dalam Negeri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Jun 2023 – Kes penukaran hak milik tanah rizab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kamunting, Perak kepada sebuah organisasi gereja di Melaka, diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA), ujar Menteri Dalam Negeri, Saifudin Nasution Ismail.

Menurutnya, kertas siasatan sudah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Perak dan keputusan kes adalah NFA kerana tiada unsur penipuan dapat dibuktikan dalam siasatan oleh polis.

“Untuk makluman, lot 784 adalah tanah milik yang didaftarkan di atas nama The Titular Roman Catholic Bishop of Melaka di bawah PN 154733,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, pada Rabu.

BACA JUGA: Malaysia Mahu Saman ‘Pewaris Sulu’ & Penaja

BACA JUGA: Haramkan Pelawak Hina Negara Masuk Malaysia Tidak Memadai – SUA Malaysia International Humanitarian Organization

BACA JUGA: Sindiket Palsukan Sijil Beranak, Doktor & Pegawai Kerajaan Antara 12 Diberkas SPRM

Beliau menjawab soalan Zahari Kechik (PN-Jeli) yang mahu tahu status siasatan polis terhadap sebidang tanah rizab PDRM di Kamunting, Perak yang sudah ditukar milik kepada sebuah organisasi gereja di Melaka tanpa pengetahuan.

Terdahulu, satu laporan polis telah dibuat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping berhubung kes tukar milik tanah seluas 0.55 hektar di Mukim Kamunting dibuat tanpa pengetahuan kepada sebuah organisasi gereja di Melaka.

Menurut laporan itu, penukaran tanah milik PDRM itu terbongkar selepas polis menerima surat daripada sebuah syarikat peguam yang mewakili pihak gereja pada 14 April lalu, yang menuntut hak milik tanah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: