PRU-15

Dahulukan Ahli Syahadah – Tan Sri Annuar Musa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 November 2022 – Mantan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa telah mengeluarkan kenyataan agar ahli politik yang beragama Islam mendahulukan ahli syahadah dalam melakukan kerjasama. Menurut beliau,

“Kita perlu mendahulukan orang-orang yang ahli-ahli syahadah dan juga orang-orang yang sama akidah dengan kita, tanpa kita membelakangkan orang-orang yang bukan seagama dengan kita”.

Beliau membuat kenyataan demikian ketika sesi penerangan dalam talian yang bertajuk “Apa Muslihat Zahid? Pendedahan Ekslusif Oleh Tan Sri Annuar Hj Musa” menerusi akaun Facebook rasmi beliau pada malam tadi.

Beliau turut menyeru agar mereka yang berada di dalam parti-parti orang Melayu dan orang Islam agar bersatu padu serta harus memilih kawan yang tidak mempunyai sebarang permusuhan dengan Islam sebagaimana kata beliau,

“Pada saya, parti-parti orang Melayu, parti-parti orang Islam, bersatu padulah. Dan bila nak pilih kawan pilih sahabat, jangan pilih harbi. Orang yang ternyata memerangi dan memusuhi kita, samada secara zahir atau tidak. Kita boleh tengok pada track record mereka”.

Beliau turut menyatakan pegangan yang selama ini dipegang olehnya dalam prinsip bekerjasama dalam berpolitik dengan berkata,

“Kita tidak boleh membelakangkan rakan-rakan yang memperjuangkan agama tak kira parti apa, kemudian kita mendahulukan orang yang nak hancurkan agama kita. Itu pegangan saya”.

“Natijah yang saya nak tunjukkan di sini, kesombongan, ketamakan membawa kerugian. Islam pun suruh kita bermuafakat, bekerjasama jangan bercerai berai. Kita tak pilih jalan itu. Quran tidak berbohong, kita yang salah.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: