Tempatan

“Bahasa Inggeris Bahasa Rasmi ASEAN” – Presiden PAGE

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Februari 2023 – Presiden Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE) Datin Noor Azimah Abdul Rahim menegaskan bahawa Bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi Asean.

Atas dasar ini, beliau menggesa Putrajaya untuk mengagihkan peruntukan lebih besar bagi menggiatkan Program Dwibahasa (DLP) dalam belanjawan kali ini.

“Sebagai negara perdagangan, kita perlu berkomunikasi dalam bahasa perdagangan, sains, teknologi dan digital. Malah Bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi Asean,” katanya kepada sebuah portal tempatan.

BACA JUGA: Langgar & Seret Sampai Mati, Dua Suspek Diburu

BACA JUGA: RM145 Bilion KWSP Dikeluarkan Semasa Era Covid-19 Dedah Kementerian Kewangan

BACA JUGA: Cabaran Perlembagaan Undang-Undang Syariah Kelantan Ditetapkan 26 Mei Ini

Menerusi DLP yang memberikan pilihan pengajaran mata pelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam Bahasa Inggeris, ia akan membantu meningkatkan kefasihan dalam bahasa tersebut.

“Golongan majikan lebih cenderung memilih pekerja yang fasih berbahasa Inggeris, kemahiran yang menurut Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) pada 2021 menjadi antara lima ciri utama yang meningkatkan peluang untuk diambil bekerja,” ujar beliau.

Menurut sasterawan negara, Profesor Dr. Muhammad bin Haji Salleh, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menyimpulkan bahawa cara yang paling baik mendapatkan ilmu (terutama dalam bidang rumit seperti Kimia, Geologi dan Matematik) ialah dengan mempelajarinya dalam bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda sendiri, yang sudah pun difahami dan dikuasai.

“Pengalaman sebagai guru dan pensyarah Bahasa Inggeris, saya mendapati bahawa belum ada satu negara pun yang mewajibkan pelajarnya mempelajari bidang STEM dalam bahasa lain daripada bahasa kebangsaannya.”

Justeru, “Marilah kita bina ilmu STEM ini dalam bahasa Melayu yang sudah pun beberapa tahun berjaya menjalankan tugas,” kata beliau menurut laporan sebuah portal tempatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: