Tempatan

Bahasa Melayu Tidak Menjadikan Negara Mundur – PM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 05 Oktober 2022 – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan bahawa penggunaan Bahasa Melayu tidak menjadikan negara mundur sebaliknya negara maju sendiri turut memakai Bahasa mereka sendiri.

Lapor sebuah portal berita tempatan, rakyat perlu yakin bahawa bahasa kebangsaan adalah setaraf dengan bahasa-bahasa lain di dunia dan sudah tiba masanya untuk memartabatkan bahasa Melayu di persada antarabangsa.

“Negara maju di dunia seperti Jepun, Jerman dan negara-negara Eropah yang lain menggunakan bahasa mereka dan tidak menjadikan mereka mundur berbanding negara lain,”

“Bukan bahasa yang menjadikan negara itu maju, jadi yakinlah bahasa Melayu setaraf dengan bahasa-bahasa lain,” jelas beliau sewaktu Sesi Dialog Awam sempena program Idea Bina Negara 2022 pada Selasa.

Tambah beliau, kebanyakan pemimpin negara memilih untuk bercakap menggunakan bahasa mereka sewaktu menghadiri persidangan antarabanga mahupun perbincangan dua hala.

“Tak perlu pergi jauh, ASEAN setiap negara yang saya pergi tanpa segan silu bercakap dalam bahasa mereka… tiba-tiba Malaysia seolah-olah tidak ada bahasa sendiri, cakap bahasa orang lain,” katanya,”

Usaha Perdana Menteri dalam memartabatkan bahasa Melayu di pentas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-99 turut mendapat pujian daripada Naib Presiden Pusat Nusantara Lomonosov Moscow State University, Dr Victor A Pogadev yang mengatakan bahawa ia menunjukkan Kerajaan pimpinan beliau serius dalam mengangkat agenda bahasa.

Sebelum ini, lapor samudera.my, bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Rafidah Aziz pernah mengatakan bahawa tumpuan untuk memartabatkan bahasa Malaysia merupakan satu langkah mundur dan tidak membantu rakyat Malaysia untuk maju dalam dunia moden.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker