Tempatan

BM Perlu Serap Konsep Kontemporari Untuk Menjadi Lingua Franca

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 April 2022 – “Bahasa Melayu perlu menyerap konsep-konsep kontemporari supaya dapat diperluas penggunaannya sebagai lingua franca.”

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Ahmad Farami, pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di akaun Facebook miliknya pada Ahad lalu.

“Ini berlaku sama ada melalui ciptaan istilah baharu atau terjemahan istilah asing. Contoh, istilah “metaverse” dan “long hauler” masuk kamus bahasa Inggeris tahun ini. “Long hauler” ialah seseorang yang mengalami kesan jangka panjang COVID-19.”

Katanya, penggunaan konsep kontemporari dalam Bahasa Melayu dapat memperluaskan bahasa tersebut sebagai lingua franca sama ada melalui ciptaan istilah baru atau terjemahan istilah asing.

Sebelum ini, beliau telah hadir ke rancangan televisyen Selamat Pagi Malaysia bagi membincangkan fokus usaha memartabatkan bahasa ibunda ke peringkat antarabangsa dan mengulas kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa induk dan identiti rantau Nusantara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: